Saturday, November 8, 2008

Warkah Hati .

Jika hati menjadi medan peperangan,
Maka ranaplah jiwa dan raga
Jika aku bandingkan cinta engkau dan Dia,
Terbukti jauh langit dan bumi bezanya.

Aku bersendirian berbicara sama awan sekali lagi,
Teman yang paling setia ciptaan Dia
Sambil memujuk hati untuk senyum kembali,
Oh awan, yakinkan aku bahawa ini hanya dugaan, bukan selamanya.

Walau setiap degup jantungku, kau sesakkan,
Aku tetap menunggu, setia menanti kepulanganmu
Namun setiap saat, setiap janji yang kau lafazkan,
Kau biarkan ianya hangus hingga menjadi debu.

Oh awan, aku sudah penat menangis
Jiwa habis punah dipijak,
Apakah hati ini akan selamanya dihiris
Atau perasaan ini akan selamanya disinis?

Kini, aku lebih merasakan cinta Dia adalah cinta abadi.
Bukan seperti kau yang hanya ada nafsu di hati.
Separuh jalanku dibiarkan mati dipintu neraka.
Separuh lagi akan aku serahkan pada yang Maha Esa.


Oh awan, bisakah kau mencari pengganti untuk menemani hatiku?
I'm no angel.

Zawani Zakaria

love.

No comments: